RSS
Container Icon

Nota ringkas KRT 3013 setiap unit

Ulangkaji  Untuk Peperiksaan Akhir Subjek KRT 3013

Marilah sama-sama membacanya.

Rujukan dari Modul KRT 3013

Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4
Unit 5
Unit 6
Unit 7
Unit 8
Unit 9
Unit 10

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NOTA RINGKAS UNIT 1 (KRT 3013)

Hasil bacaan daripada modul KRT 3013, diringkaskan. Semoga kita sama-sama mendapat sedikit ilmu yang boleh membantu di dalam peperiksaan akhir nanti.

Sudi-sudilah membaca ye.

PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN
1.       Apakah maksud teknologi pendidikan?
a)      Aplikasi media, sIstem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P & P yang berkesan.
b)      Menyelesaikan masalah pembelajaran.
c)       Kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan member penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan
d)      Arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan   penggunaan alat teknologi itu sendiri.
e)      Penggunaan prinsip-prinsip saintifik  untuk merancang dan melaksanakan system pengajaran.
f)       Aplikasi sistematik yang merupakan teknik yang mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu system menyeluruh dalam p & p.
g)      Suatu proses di mana penggunaan pengetahuan sains dan lain2 cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal.
h)      Suatu produk atau bahan di mana penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri.

UNIT 1 (PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN)

1.       Definisi teknologi pendidikan.
a)      Penggunaan prinsip saintifik untu merancang atau melaksanakan system pengajaran.
b)      Aplikasi media, system, pendekatan, teknik ke  arah pencapaian p & p yang berkesan.
c)       Dikenali sebagai teknologi instruksional.
d)      Kombinasi antara proses/alatan yang terlibat untuk menangani keperluan/masalah pendidikan.
e)      Reka bentuk pengajaran yang akan menunjukkan proses iaitu aktiviti dan kaedah yang digunakan akan meningkatkan proses p & p.
f)       Integrasi dan produk (alatan) untuk meningkatkan dan memudahkan proses p & P.

2.       Empat perspektif dalam teknologi pendidikan.
a)      Media & komunikasi Audio Visual :-
·         pergerakan komunikasi pandang dengar ( cara sampai maklumat)
·         tujuan pengajaran
b)      Sistem Instruksional Reka bentuk Instruksional
·         Medium kepada komunikasi instruksional
·         Menjadi pendekatan bersistematik
c)       Latihan vokasional
·         Menyediakan murid kepada alam pekerjaan sebenar.
·         Latihan praktikal
d)      Sistem komputer
·         Pendidikan berbantukan komputer
·         Proses pengintegrasian sumber teknologi



3.       Sejarah teknologi komputer

A.      Era Pra Penggunaan Mikrokumputer
1950- instruksional pertama
1959- kenalkan pada murid sekolah
1960-1970 – gunakan sistem perkongsian   (university)
1970-Sistem instruksional dikawal komputer 
B.      Era Mirokomputer
1977-mikrokomputer pertama di sekolah
Awal 1980- pergerakan perisisan penerbitan dimulakan
1980-1990 – sistem pembelajaran bersepadu    LMS diwujudkan
C.      Era Internet
1994-World Wide Web(WWW) atau   Jaringan  Laman Sesawang diwujudkan
1998- piawaian komputer dibangunkan
2000- internet diperkembangkan


       4..  Rasional Penggunaan teknologi
  •         Motivasi  - murid dapat memberi tumpuan pada pembelajaran
                                mengaitkan murid kepada produsi kerja.  
  •         Keupayaan Instruksional yang unik (gantikan kaedah tradisional kepada persekitaran efektif)

o   Kaitkan murid dengan sumber maklumat
o   Kaitkan murid dengan sumber pendidikan
o   Menvisualisasikan permasalahan dan rumusan kepada murid
o   Menjejaki perkembangan murid
o   Kaitkan murid dengan alatan pembelajaran
  •         Sokongan kepada kaedah instruksional yang baharu.

a.       Pembelajaran secara koperatif ( kumpulan)
b.      Perkongsian Intelektual ( pemikiran)
c.       Penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi
Guru sedia objektif agar murid dapat menguasai tahap pemikiran.



        5..Isu Penggunaan Teknologi
A.      Sosial Budaya
-pihak kerajaan dan bukan kkerajaan gembeling tenaga untuk merapatkan jurang perbezaan masyarakat yang tidak menggunakan komputer
-Menerapkan objektif penerapan teknologi komputer

B.      Ekonomi
Peruntukan kewangan bagi menyediakan murid yang guna komputer yang memuatkan subjek dan ilmu.

C.      Isu Undang-undang dan etika
Aspek perundangan dan etika perlu disesuaikan dengan keperluan dan perkembangan teknologi

D.      Isu pendidikan
-Teknologi yang digunakan dapat mencetuskan pembelajaran yang diinginkan.
-Mencapai objektif pembelajaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESILAPAN TENTANG WANG......





Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia
Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian
Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang
Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung
Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi
Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS