Hi.......salam semua..
Sebelum meneruskan pencarian mendapatkan maklumat matematik, sudilah kiranya teman-teman semua merenung sebentar FPK yang menjadi panduan kita selaku GURU.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Semoga usaha murni kita sebagai guru dihargai dan tidak diperlekehkan...
Penambahan ilmu tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang perlu diketahui. Sebelum menjurus kepada FPK itu sendiri, kita haruslah mengetahui cabang-cabang falsafah itu sendiri:
Cabang Falsafah: 1. METAFIZIK
perbincangan mengenai perkara-perkara berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan.
Contohnya kajian tentang realiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak
dapat dilihat.
2. EPISTEMOLOGI
Perbincangan tentang teori ilmu pengetahuan.
Proses untuk memperoleh pengetahuan itu sendiri, asal usul pengetahuan, bagaimana
seseorang itu boleh memperoleh pengetahuan berkenaan.
Terdapat beberapa jenis ilmu yang patut kita ketahui iaitu:
Ilmu wahyu (ilmu yang diperturunkan dari tuhan kepada manusia sebagai pedoman
hidup.
Contoh ilmu yang diperlukan ketika timbulnya perkara atau sesuatu yang berada di luar
batas pemikiran manusia.
Ilmu empirikal (ilmu yang diperoleh daripada pengalaman deria manusia).
Contoh ahli sains membuat ujikaji dan ilmu terhasil melalui pemerhatian.
Ilmu intuitif (ilmu yang diperoleh melalui celik akal atau ilham).
Contoh idea yang dimilik seseorang dan diluahkan dalam menyelesaikan sebarang
masalah.
Ilmu autoritatif (ilmu berdasarkan kuasa atau autoriti seseorang)
Contoh ilmu kedoktoran dalam menentukan ubat yang sesuai untuk pesakit.
Ilmu rasional (ilmu berdasarkan pemikiran logik manusia).
Contoh menghujahkan pendapat melalui pemikiran logik manusia.
3. AKSIOLOGI
Teori nilai yang membincangkan perkara berkaitan moral dan nilai.
Nilai terbahagi kepada dua:- nilai etika (tingkah laku, sikap, moral dan adat seseorang)
nilai estetika (keindahan dan kesenian)
4. LOGIK
Penaakulan manusia.
Walaupun manusia mempunyai akal fikiran untuk berfikir secara logik dan rasional,
namun manusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata. Setiap tindakan
hendaklah merujuk kepada konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia terbatas.
4 Mazhab utama di dalam falsafah umum Barat-
- MAZHAB PARENIALISME (Pendidikan untuk mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban manusia. Pendidikan berupa latihan utnuk memperkembangkan mental manusia ke arah kebenaran).
- MAZHAB ESENSIALISME( pendidikan yang bertujuan menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang berkekalan buat sekian lama. Ia penting dalam memberi ilmu pengetahuan, kemahiran , nilai dan sikap bagi generasi muda. Fokus kepada matapelajaran, dan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira).
- MAZHAB PROGRESIVISME ( kepentingan pesekitaran dan masyarakat dalam membentuk generasi masa depan. Pendidikan yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran dan masyarakat. Cenderung kepada keperluan dan minat sendiri).
- MAZHAB REKONSTUKSIONISME (Pembentukan semula masyarakat iaitu perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan untuk menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi, dan politik.
0 comments:
Post a Comment