RSS
Container Icon

Wang! Wang! Wang

Wang.........siapa tak nak duit

                                                   WANG
Kita perlukan duit......wang untuk membeli sesuatu bagi
tujuan mengatasi rasa dan keinginan:-

Ehm... laparnya nak makan apa ye?
Alamak ! duit tak de.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom hiburkan hati

Layan lagu ni..........................................ada kaitan dengan wang (kupang)


LAGU TIGA KUPANG


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hiburan Tentang Wang

Peribahasa Wang:

                      Ada Wang Abang Sayang,
                                        Tiada Wang Abang Melayang

 Maksudnya: Kasih sayang hanya kerana harta benda.


Pantun Wang:

                    Baik-baik menggali ubi,
                                       Ubi ada di atas batas,
                    Baik-baik menabur budi,
                                       Wang habis kita melepas.

Peribahasa Wang:

                    Gali lubang menutup lubang
                         (meminjam wang untuk membayar wang)

                    Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang
                         (dua orang bertelagah kerana wang, orang lainjuga yang mendapat untung)

                    Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai
                         (Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana tiada wang)


Teka-teki Wang:

                 1. Binatang apakah yang paling kaya?
                     Jawapannya: Beruang sebab ia ber wang.
   
                 2. Ada 2 syiling 25 sen. Salah satu daripadanya bukan 5 sen. Berapakah nilai setiap syiling?
                     Jawapannya: 20 sen dan 5 sen.

                 3. Siapakah yang menemui dompet kulit?
                     Jawapannya:  Yang menemui dompet kulit tolong pulang kat aku. hi...hi..hi

                 4. Panjangnya 15cm, warna kemerahan, ada kepala, kalau banyak perempuan boleh jadi gila?
                     Jawapannya: Duit sepuluh ringgit.





akan bersambung...............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APA ITU WANG?

WANG

Wang adalah suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai 'Alat Perantaraan' dalam kegiatan jual beli dan urusniaga.

Wang kertas dan duit syiling merupakan alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan tukar menukar yang digunakan di MALAYSIA.

Ciri-ciri wang:-
  • nilainya stabil dari masa ke semasa
  • mudah dibawa, dipindahkan dan disimpan
  • tahan lama 
  • sukar ditiru
  • penawarannya terhad
  • boleh dibahagi kepada unit-unit lebih kecil.
Kesimpulannya, wang berfungsi sebagai:-
  1. Alat perantaraan pertukaran
  2. Alat satuan nilai
  3. Menyelesaikan bayaran tertunda
  4. Alat penyimpan nilai

Gelaran lain bagi Wang adalah:- Duit, Fulus, Pitis, Tikal, Kupang



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEJARAH MATA WANG MALAYSIA

Tahukah Anda ?

Mata wang Malaysia dimulai dengan penggunaan benda-benda keras seperti beras, siput, bijih timah, emas, perak . Pada peringkat ini wang syiling belum diterbitkan lagi dan penggunaan benda-benda tersebut dikenali sebagai Sistem Barter.

Kurun ke-15     ( Wang syiling dibuat dripada bijih timah dengan tulisan Arab mula digunakan di Melaka.)

Kurun ke-17      (Wang syiling berbentuk ayam jantan, ikan kambing, dan 'pokok syiling' digunakan di beberapa buah negeri Tanah Melayu).

Kurun ke-18      (Wang syiling bergambar kijang, matahari dengan tulisan Arab digunakan di Kelantan)

1787 - 1788 T.M ( Duit syiling (perak) yang dibuat di Hong Kong mula digunakan sebagai wang rasmi di Neger-negeri Selat.)

1868 T.M             ( Duit tembaga  dan duit perak mula diterbitkan di Neger-negeri Selat)

1890 T.M             ( Duit syiling 50c mula diterbitkan di Neger-negeri Selat)

1942 - 1945          (Wang kertas Jepun digunakan di Malaya)

1946 - 1960          ( Matawang British menjadi wang rasmi di Malaya)

1960                      ( Duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang)

1961                      ( Wang kertas $10.00 mula diterbitkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang)

1962                      (Bank Negara mengambil alih tugas menerbitkan semua jenis wang syiling dan wang kertas untuk digunakan di Malaysia)




Inilah wajah baru Wang Kertas dan Duit Syiling baru Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS