https://docs.google.com/file/d/0ByyJ0AJt4kabanktMnVhOGFSbDA/edit?usp=sharing
MATEMATIK & ICT
01:39 |
Sempena Hari ICT pada bulan Oktober nanti, Panitia ICT Sk Seri Manjung telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk murid-murid khasnya murid tahun 6.
Hari ICT merupakan salah satu aktiviti yang terkandung di dalam Bulan Bahasa Melayu serta menjadi program peningkatan selepas UPSR.
Antara aktiviti pertandingan yang akan diadakan pada Hari ICT tersebut adalah:-
- Pertandingan Teka Silang Kata ICT
- Pertandingan Mengira menggunakan Kalkulator Komputer.
- Kuiz melalui tayangan video.
- Siapa juara Latih tubi Zoom A
Pertandingan terbuka kepada murid Sk Seri Manjung sahaja.........Selamat Berjaya.
VIDEO AKTIVITI P& P BULAN DAN TAHUN
06:23 |
Selamat menonton.
TERIMA KASIH.........
06:50 |
TERIMA KASIH..............THANK YOU
Sesuatu tindakan yang dilakukan tidak akan bermakna jika tidak diiringi dengan ungkapan syukur.
Terima Kasih.
Terima Kasih Malaysia
Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan
Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu
Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna
Terima Kasih ...........................Tuhan
Terima kasih ............Malaysia
Terima kasih ..... keluargaku
Terima kasih ...pensyarah
Terima kasih......rakan-rakan
Terima Kasih Semua
Tugasan Oh tugasan
19:26 |
Hai, inilah hasil tugasan "pembudayaan ict di sekolah saya'
Sama-sama kita berkongsi dapatan yang saya perolehi ok.
Pembudayaan ict
NOTA RINGKAS UNIT 1 (KRT 3013)
18:16 |
Hasil bacaan daripada modul KRT 3013, diringkaskan. Semoga kita sama-sama mendapat sedikit ilmu yang boleh membantu di dalam peperiksaan akhir nanti.
Sudi-sudilah membaca ye.
PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
1.
Apakah maksud teknologi pendidikan?
a)
Aplikasi media, sIstem, pendekatan dan teknik ke
arah pencapaian P & P yang berkesan.
b)
Menyelesaikan masalah pembelajaran.
c)
Kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat
untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan member penekanan kepada
aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan
d)
Arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya
apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan
kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri.
e)
Penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan system pengajaran.
f)
Aplikasi sistematik yang merupakan teknik yang
mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu system menyeluruh dalam
p & p.
g)
Suatu proses di mana penggunaan pengetahuan
sains dan lain2 cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang
praktikal.
h)
Suatu produk atau bahan di mana penghasilan
perkakasan dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri.
UNIT 1 (PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN)
1. Definisi teknologi pendidikan.
a)
Penggunaan prinsip saintifik untu merancang atau
melaksanakan system pengajaran.
b)
Aplikasi media, system, pendekatan, teknik
ke arah pencapaian p & p yang
berkesan.
c)
Dikenali sebagai teknologi instruksional.
d)
Kombinasi antara proses/alatan yang terlibat
untuk menangani keperluan/masalah pendidikan.
e)
Reka bentuk pengajaran yang akan menunjukkan
proses iaitu aktiviti dan kaedah yang digunakan akan meningkatkan proses p
& p.
f)
Integrasi dan produk (alatan) untuk meningkatkan
dan memudahkan proses p & P.
2. Empat perspektif dalam teknologi
pendidikan.
a)
Media & komunikasi Audio Visual :-
·
pergerakan komunikasi pandang dengar ( cara
sampai maklumat)
·
tujuan pengajaran
b)
Sistem Instruksional Reka bentuk Instruksional
·
Medium kepada komunikasi instruksional
·
Menjadi pendekatan bersistematik
c)
Latihan vokasional
·
Menyediakan murid kepada alam pekerjaan sebenar.
·
Latihan praktikal
d)
Sistem komputer
·
Pendidikan berbantukan komputer
·
Proses pengintegrasian sumber teknologi
3. Sejarah teknologi komputer
A.
Era Pra Penggunaan Mikrokumputer
1950- instruksional pertama
1959- kenalkan pada murid sekolah
1960-1970 – gunakan sistem perkongsian (university)
1970-Sistem instruksional dikawal komputer
B.
Era Mirokomputer
1977-mikrokomputer pertama di sekolah
Awal 1980- pergerakan perisisan penerbitan dimulakan
1980-1990 – sistem pembelajaran bersepadu LMS
diwujudkan
C.
Era Internet
1994-World Wide Web(WWW) atau Jaringan Laman Sesawang diwujudkan
1998- piawaian komputer dibangunkan
2000- internet diperkembangkan
4.. Rasional
Penggunaan teknologi
- Motivasi - murid dapat memberi tumpuan pada pembelajaran
- Keupayaan Instruksional yang unik (gantikan kaedah tradisional kepada persekitaran efektif)
o
Kaitkan murid dengan sumber maklumat
o
Kaitkan murid dengan sumber pendidikan
o
Menvisualisasikan permasalahan dan rumusan
kepada murid
o
Menjejaki perkembangan murid
o
Kaitkan murid dengan alatan pembelajaran
- Sokongan kepada kaedah instruksional yang baharu.
a.
Pembelajaran secara koperatif ( kumpulan)
b.
Perkongsian Intelektual ( pemikiran)
c.
Penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi
Guru sedia objektif agar murid dapat menguasai tahap
pemikiran.
5..Isu
Penggunaan Teknologi
A.
Sosial Budaya
-pihak kerajaan
dan bukan kkerajaan gembeling tenaga untuk merapatkan jurang perbezaan masyarakat
yang tidak menggunakan komputer
-Menerapkan
objektif penerapan teknologi komputer
B.
Ekonomi
Peruntukan
kewangan bagi menyediakan murid yang guna komputer yang memuatkan subjek dan
ilmu.
C.
Isu Undang-undang dan etika
Aspek perundangan
dan etika perlu disesuaikan dengan keperluan dan perkembangan teknologi
D.
Isu pendidikan
-Teknologi yang
digunakan dapat mencetuskan pembelajaran yang diinginkan.
-Mencapai
objektif pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)