Simulasi Jual beli (Wang hingga RM10 000)
Salam.......
Mata pelajaran: .MatematikTopik : Wang hingga RM10 000
EMK : Keusahawanan
Gabungjalin mata pelajaran: Kemahiran Hidup
Aktiviti : Simulasi Jual Beli.
Gambar 1
Gambar 2
Wang! Wang! Wang
Wang.........siapa tak nak duit
WANG![]() |
| Ehm... laparnya nak makan apa ye? Alamak ! duit tak de. |
Jom hiburkan hati
Hiburan Tentang Wang
Peribahasa Wang:
Ada Wang Abang Sayang,
Tiada Wang Abang Melayang
Maksudnya: Kasih sayang hanya kerana harta benda.
Pantun Wang:
Baik-baik menggali ubi,
Ubi ada di atas batas,
Baik-baik menabur budi,
Wang habis kita melepas.
Peribahasa Wang:
Gali lubang menutup lubang
(meminjam wang untuk membayar wang)
Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang
(dua orang bertelagah kerana wang, orang lainjuga yang mendapat untung)
Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai
(Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana tiada wang)
Teka-teki Wang:
1. Binatang apakah yang paling kaya?
Jawapannya: Beruang sebab ia ber wang.
2. Ada 2 syiling 25 sen. Salah satu daripadanya bukan 5 sen. Berapakah nilai setiap syiling?
Jawapannya: 20 sen dan 5 sen.
3. Siapakah yang menemui dompet kulit?
Jawapannya: Yang menemui dompet kulit tolong pulang kat aku. hi...hi..hi
4. Panjangnya 15cm, warna kemerahan, ada kepala, kalau banyak perempuan boleh jadi gila?
Jawapannya: Duit sepuluh ringgit.
akan bersambung...............
APA ITU WANG?
WANG
- nilainya stabil dari masa ke semasa
- mudah dibawa, dipindahkan dan disimpan
- tahan lama
- sukar ditiru
- penawarannya terhad
- boleh dibahagi kepada unit-unit lebih kecil.
- Alat perantaraan pertukaran
- Alat satuan nilai
- Menyelesaikan bayaran tertunda
- Alat penyimpan nilai











